Jumat, 22 September 2017

Lirik Lagu Hafiz Suip Lepaskan Pergi (OST Pinjamkan Hatiku)

Lirik Lagu Hafiz Suip Lepaskan Pergi (OST Pinjamkan Hatiku). Dengarkanlah lagu OST untuk Filem Pinjamkan Hatiku nyanyian dari Hafiz Suip. Semoga anda terhibur dengan lirik lagu ini.



Tajuk Lagu : Lepaskan Pergi
Penyanyi : Hafiz Suip
Lagu & Lirik : Nurzaidi Abdul Rahman

Selain daripada lagu Pinjamkan Hatiku nyanyian Ayda Jebat dan Adi Priyo, Komposer dan penulis lirik terkenal, Nurzaidi Abd Rahman juga mempertaruhkan lagu berentak balada sebagai runut bunyi filem Pinjamkan Hatiku yang tidak kurang hebatnya berjudul LEPASKAN PERGI nyanyian Hafiz Suip.

Seperti sebelumnya, Hafiz juga pernah menyanyikan lagu ciptaannya bersama rakan duetnya iaitu Adira. Runut bunyi bagi filem Ombak Rindu itu  pernah menjadi fenomena beberapa tahun lalu. Lagu "Ombak Rindu" juga pernah mendapat tempat di malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-27. Seterusnya kemunculan lagu yang berjudul "Untuk Cinta" juga nyanyian hafiz dan Adira yang menjadi runut bunyi filem "Pilot Cafe" yang tidak kurang hebatnya.

Kemunculan Lagu Lepaskan Pergi ini yang dijadikan sebagai salah satu runut bunyi filem Pinjamkan Hatiku di harap dapat menggamit dan mengembalikan kehebatan fenomena "Ombak Rindu". Ini kerana Nurzaidi yakin dengan kehebatan vokal dan emosi Hafiz Suip mampu memberi impak kepada pendengar.  Hafiz juga sudah lama tidak melancarkan lagu balada dan di harap lagu Lepaskan Pergi ini dapat mengubat kerinduan peminatnya.

Lagu Lepaskan Pergi  ini mempunyai cerita tersendiri. “Bila mereka mendengar lagu ini di sertakan dengan visual, penonton akan lebih merasai mesej yang ingin disampaikan. Ini kerana saya mencipta lagu ini berdasarkan jalan cerita filem Pinjamkan Hatiku. Saya juga terlibat dari awal pengambaran filem ini, jadi saya tahu apa yang berlaku” kata Nurzaidi.

Lagu telah di lancarkan pada 12 September 2017 dan boleh di dapati secara digital menerusi platfom seperti iTunes, Apple Music, Deezer, yonder, Joox dan Spotify  pada 12 September 2017.


FILEM PINJAMKAN HATIKU DI PAWAGAM
30 NOVEMBER 2017

Instagram | @filempinjamkanhatiku
Facebook | Pinjamkan Hatiku
Twitter | @pinjamkanhatiku

© Aurawhite & Paranormal Records

Baca Lirik Lagu Lepaskan Pergi Hafiz Suip


Lirik Lagu Hafiz Suip Lepaskan Pergi (OST Pinjamkan Hatiku) Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

0 komentar:

Posting Komentar